Koordinasi, Kerjasama Urus Mangsa Banjir Di Johor Berjalan Lancar – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Koordinasi dan kerjasama antara agensi kerajaan di Johor dalam menguruskan mangsa banjir yang terjejas dengan bencana itu berjalan dengan baik dan lancar sejak Jumaat lalu, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Memetik laporan Utusan, Hishammuddin berkata, keadaan di negeri itu dilihat lebih bersedia dengan kesemua aset dan kekuatan yang perlu digerakkan dan tidak berdepan sebarang masalah.

“Keutamaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah memikirkan bagaimana kita hendak pindahkan mangsa-mangsa banjir sekiranya bencana itu berlaku.

“Itu keutamaan kita untuk selamatkan nyawa dan selepas itu baru kita fikirkan di kawasan pusat pemindahan sementara (PPS) dengan kerjasama agensi-agensi dan kementerian untuk mengedar keperluan.

“Semua ini saya tengok kepemimpinan dan koordinasi peringkat negeri dan daerah berada dalam keadaan cukup selasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau keadaan banjir di Segamat bersama-sama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang turut singgah ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tambang, di sini, hari ini.

Hishammuddin turut memaklumkan sehingga kini ATM sudah menggerakkan 196 anggota termasuk 12 pegawai menerusi Operasi Murni (Op Murni) ke beberapa daerah di Johor yang berhadapan bencana banjir.

Menurutnya lagi, pasukan yang diletakkan dalam keadaan bersiap siaga itu sebelum ini sudah mula diatur gerak ke daerah Tangkak, Segamat, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing yang dilanda banjir.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 12 pegawai dan 184 anggota lain-lain pangkat sudah berada di lapangan dan memulakan tugas operasi.

“Sebanyak 31 aset ATM turut diatur gerak ke semua daerah itu membabitkan tujuh bot dan enjin bot, satu trak tujuh tan, 14 trak tiga tan serta dua trak satu tan.

“Selain Johor, Op Murni turut sedang giat dilaksanakan di seluruh negara dan secara keseluruhan setakat ini, seramai 60 pegawai dan 1,123 anggota lain-lain pangkat diatur gerak ke seluruh negara termasuk Johor,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat