1,015 Infrastruktur Komunikasi Terjejas Banjir Telah Dibaik Pulih – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,015 daripada 1,040 infrastruktur komunikasi atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan infrastruktur komunikasi yang terjejas akibat banjir telah dibaik pulih, setakat 10 pagi tadi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memaklumkan perkara itu hari ini menerusi satu ciapan di laman sosial Twitternya.

“Angka keseluruhan adalah 1,040 di mana terdapat penambahan satu infrastruktur komunikasi terjejas di Jempol (Negeri Sembilan),” katanya ringkas.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berasingan hari ini memaklumkan baki 25 infrastruktur komunikasi kini masih dalam proses baik pulih.

“Ini (jumlah keseluruhan) merupakan data kumulatif yang dikumpul bermula 19 Dis 2021,” menurut kenyataan itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat