Cara Zahid Ugut Kerajaan 14 Hari Panggil Parlimen Tak Kena Gaya Berkawan – Nazri Aziz

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menegur cara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung adab berkawan kerana disifatkan tindakan tidak kena gaya.

Hal demikian, Nazri mengemukakan beberapa faktor yang menjadi punca beliau tidak bersetuju dengan tindak tanduk Zahid.

“Sekarang ini kita masih jalin kerjasama dengan PN dan UMNO masih dalam kerajaan, 11 orang Ahli Parlimen kita menteri, 9 orang jadi timbalan menteri, ahli Parlimen kita GLC.

“Maknanya kita masih berkawan, bila kita masih lagi berkawan bermakna bukan caranya kalau kita nak minta pada rakan kita supaya membuat sesuatu, masih rakan ya.
Bersatu, Pas rakan.

“Kita masih lagi dalam kerajaan, bukan caranya mengugut, siapa suka kena ugut? ini kan pula Presidennya menjadi Perdana Menteri jadi kena ada etika hubungan.

“Kalau kita nak dalam tempoh 14 hari diadakan sidang Parlimen, jumpa saja dengan Presiden Bersatu, Presiden PAS, Presiden parti Sabah tu beritahulah ini hasrat kami.

“Tapi kalau kita bagi amaran, itu bukan berkawan. Oleh itu, kenyataan daripada Presiden UMNO itu tengok tak boleh pakai sebab itu saya bangkit perkara ini.

“Saya sebagai ahli Parlimen pun tidak dirunding, saya tak setuju dengan amaran ini,” bidas Nazri.

Tambah beliau lagi, Zahid tidak berunding dengan kita dengan ahli-ahli Parlimen, saya difahamkan dia cuma cakap menerusi maya dengan biro politik.

” Tapi yang penting dia kena runding dengan ahli Parlimen sebab kalau ahli Parlimen tak setuju kalau parti suruh buat ada mungkin ahli Parlimen yang memikirkan hal-hal lain yang tidak setuju, malu lah kita.

“Lagipun 14 hari ini saya rasa kalau kita nak buat Parlimen kita kena buat ikut peraturan yang betul supaya tidak ada lagi “bila rumah dah siap pahat berbunyi”, setahu saya Parlimen nak bersidang kena bagi notis 28 hari kepada ahli Parlimen dan 28 hari itu digunakan oleh kerajaan untuk menyediakan soalan-soalan.

“Kena buat macam biasa soalan ditujukan kepada kementerian, ada usul apa guna kalau kita tak bersidang hampir 1 tahun lebih kemudian kita buat satu sidang tak ada soalan, tak bagus juga kita ada banyak soalan nak tanya. Kalau kita nak bahas pun kita nak tahu juga feed back, buat macam biasa.

“Memang 14 hari tak sempat buat. Gesaan Zahid dan biro politik itu telah cetuskan persepsi terhadap UMNO.

“Kita nak bagi amaran kepada orang biarlah kita faham orang itu boleh buat, saya gerenti dalam 14 hari ini Parlimen tak dapat bersidang, tak malu kita sebagai parti?

“Berdasarkan mandat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) apabila datang Pilihan Raya Umum (PRU) maka pada ketika itu kita berpisah.

” PRU kita tak tahu bila tapi dalam 14 hari kita bagi amaran. Kalau dalam 14 hari kerajaan tak buat nak putus hubungan, mandat kita putus hubungan masa PRU saja ini belum PRU lagi,” kata Nazri ketika ditemubual oleh Agenda Massa.

Pada 21 Jun lalu, Zahid menyatakan UMNO berpendirian tegas mendesak kerajaan supaya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah dan memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Beliau berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah tersebut dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.

“Tidak perlulah berdolak-dalik lagi istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan,” katanya. -SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat