Nazri akui dulu memang UMNO nak pergunakan Anwar tapi sekarang tak perlu lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Nazri Aziz tanpa berselindung mengakui sebelum ini beliau cuba memanfaatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kepentingan UMNO dan pimpinannya yang terpalit pendakwaan mahkamah.

Dedah beliau pada ketika Pakatan Harapan (PH) di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad UMNO berada pada tahap kritikal kerana berdepan risiko dibubarkan ditambah pula ramai pimpinan tertinggi yang berdepan tindakan undang-undang ia menjadikan kondisi parti serabut.

“Ya masa saya setiausaha agung BN dulu memang kita bekerja untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab kita tak nampak jalan bagaimana kita nak selesaikan masalah yang dihadapi oleh UMNO.

“Kuat cerita UMNO nak dibubarkan, kita rasakan tindakan yang diambil oleh kerajaan PH pada ketika itu menzalimi kita…kita rasa begitu. Jadi pada ketika itu saya merasakan kalau teruslah kerajaan PH ini selama 5 tahun saya rasa matilah kita (UMNO) mungkin UMNO akan dibubar.

“Jadi saya nampak satu ‘tingkap’ yang mana perjanjian dalam PH sendiri iaitu selepas 2 tahun, Dr Mahathir akan bagi kepada Anwar (jawatan Perdana Menteri)…Jadi saya fikir saya nak menggunakan hubungan rapat saya dengan Anwar untuk nak beritahu janganlah ambil tindakan kepada UMNO.

“(…)dengan Mahathir tak boleh sebab waktu dia Perdana Menteri dia nak bubar UMNO, jadi saya fikir insyaallah kalau Anwar naik saya bolehlah bercakap dengan Anwar gunakan hubungan baik saya dengan dia cakap kepada dia “toksah lah bubar UMNO, kita sayang UMNO”.

“Bahkan saya juga fikir saya boleh bercakap dengan Anwar toksahla ambil tindakan terhadap ahli-ahli politik kami. Saya gunakan hubungan baik saya dengan Anwar nak sokong dia supaya dia dapat membantu kita (UMNO) agar parti tidak dibubarkan dan orang-orang kita tidaklah didakwa sedemikian, itu saja,” dedah Nazri ketika ditemubual oleh Agenda Massa.

Dalam perkembangan sama, kata beliau, namun, kerjasama dengan Anwar dan DAP tidak menjadi sebab tiba-tiba UMNO bertukar jadi kerajaan maka tidak perlu lagi hubungan itu.

“Saya sokong kerjasama dengan Anwar dan DAP kerana mereka kerajaan pada waktu itu tapi sekarang secara tiba-tiba ada satu tingkap pula cerita dah berbeza.

“Kita dah jadi kerajaan, UMNO selamat lah sekurang-kurangnya mana-mana kes yang melibatkan orang UMNO yang belum didakwa di mahkamah mungkin kita dapat minta tolong supaya tidak diteruskan sebab boleh buat sebenarnya (gugur kes).

“Selepas PH jatuh tak payah kerjasama dah dengan Anwar dan DAP sebab kita dah memerintah sekarang tambah pula PAU baru ini kata “No Anwar, No DAP, lagi senang kita.

“Sebab itu ada perubahan sebab kita sekarang dah memerintah jadi senang kita ikut PAU kata tiada Anwar (PKR), DAP, putus hubungan dengan PN pada pilihan raya kalau 2023 ya 2023 lah bukan sekarang.

“Walaupun PAU kata No Anwar, No DAP tapi kita terkejutlah dengan audio Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang jelas membelakangkan keputusan PAU, audio itu jelas menunjukkan dia bekerjasama.

“(…)dan sebelum itu dia membawa surat tunjuk kepada Agong bahawa Anwar mendapat sokongan daripada ahli-ahli Parlimen, tak runding dengan kita pun dan saya percaya tak runding pun dengan parti tapi dia bagi surat kepada Agong mengatakan kita sokong Anwar sebab itu Anwar kata dia ada satu majoriti yang cukup formidable tapi jelas ini tak betul, bagi saya ini kesalahan besar.

“Sebab itu saya kata kalau tindakan diambil kepada ahli UMNO yang mengkhianati parti apa yang dilakukan oleh Zahid apadia? Malah akuan bersumpah (SD) sokong Anwar itu juga betul,” kata Nazri.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat