Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu semua pihak dan kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini melaksanakan tugas dengan baik.
Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, sudah sampai masanya untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak lagi hanya berpolitik.
“Kita yakin selesai sahaja esok Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah kita akan memulakan langkah untuk memastikan masalah rakyat di bawah mendapat perhatian.
“Semua pihak diingatkan tidak lagi berpolitik dan kita memikirkan cara untuk (menyelesaikan) masalah negeri Sabah,” katanya pada sidang media pada Isnin.
Bung Moktar berkata, adalah menjadi tanggungjawab untuk kerajaan negeri yang baharu ini melaksanakan tanggungjawab dan mandat rakyat dengan baik.
“Kami telah membuat persetujuan atas dasar kesedaran dan keyakinan bahawa kerajaan baharu ini mampu untuk memulihkan semangat rakyat yang selama ini telah hilang disebabkan pemerintahan kerajaan terdahulu yang tidak prihatin,” katanya. – SabahFocus
- UMNO Sabah Berkompromi Untuk Pastikan Warisan Tidak Kembali Memerintah
- Saya Akan ‘Sipak’ Calon BN Kalau Tak Kerja Untuk Rakyat Kata Bung
- Hormat Autonomi UMNO Sabah, Zahid Terima Perlantikan Ketua Menteri Dari Bersatu
- PBS tak akan jadi ‘katak’ sertai Warisan – Johnny Mositun
- PKR Sasar Sokongan 20 MP Lompat Dari Bersatu dan UMNO – Laporan