UMNO Sabah Berkompromi Untuk Pastikan Warisan Tidak Kembali Memerintah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu bukan mengalah kepada Bersatu apabila bersetuju Datuk Seri Hajiji Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Sebaliknya menurut Ahmad Zahid, ia adalah sebagai kompromi bagi memastikan Warisan tidak kembali menjadi kerajaan di Sabah.

“Bukan mengalah. Datuk Seri Bung Moktar berkompromi supaya Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) tetap bersama dalam kerajaan baharu Sabah.

“Bung berpendapat jika dia berkeras TYT (Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin) akan beri kepada Warisan. Ini harus dilihat. Bagi mengelakkan Warisan menjadi kerajaan kembali,” kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu Ahmad Zahid dalam kenyataan memberitahu keputusan itu juga bagi menghormati autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat