PBS tak akan jadi ‘katak’ sertai Warisan – Johnny Mositun

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Wakil rakyat daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan melompat parti menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri seperti yang dilaporkan.

Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun mengesahkan tujuh ADUN parti itu setia bersama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau menegaskan sebaran khabar angin yang mengatakan tujuh ADUN PBS sedang dipikat untuk menyertai Warisan hanyalah cerita rekaan.

“Khabar angin sokong Warisan? Lupakan saja. Orang sengaja buat cerita. Kita satu pasukan dengan PN.

“Sejak dari awal PBS bersama BN, PN tak ada keraguan di situ. Kini PBS bersama dua entiti iaitu BN dan PN.

“Mengenai Warisan hubungi ADUN PBS, saya tak tahu siapa Warisan itu. Mungkin Warisan hubungi mereka yang tidak berkenaan,” katanya ketika ditemui media di Istana Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Warisan, Jaujan Sambakong menafikan dakwaan setiausaha agung PBS, Datuk Jahid Jahim bahawa parti itu cuba memikat tujuh Adunnya untuk melompat parti.

“Siapa yang cakap ini, dia yang cakap,” kata Jaujan ketika ditemui di kediaman Presiden Warisan dan bekas ketua menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal.

Jahid memberitahu portal berita Thevibes bahawa wakil rakyat PBS, termasuk dirinya dihubungi semalam untuk bekerjasama dengan Warisan Plus yang kini memiliki 32 Adun.

Semalam PBS menyangkal dakwaan bahawa parti itu menyertai Warisan Plus untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat