Hormat Autonomi UMNO Sabah, Zahid Terima Perlantikan Ketua Menteri Dari Bersatu

Loji Rawatan Air Pertama Di Malaysia Terima Pensijilan HACCP -Ranhill SAJ

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air Semanggar dan Loji Rawatan Air Sri Gading, di Johor telah menerima pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP). Menurut...

Berita Palsu, Tiada Kawalan Rentas Negeri Di Melaka

KUALA LUMPUR: Pejabat Ketua Menteri Melaka, menafikan berita yang disebarkan melalui media sosial yang mendakwa seluruh negeri Melaka dikenakan kawalan rentas negeri bermula tengah...

Memahami Kesukaran Zahid

ADA yang menyifatkan UMNO dibawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi cuba bermain politik di tengah-tengah kegawatan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang lanjutan keputusan...

MB Selangor, CEO Air Selangor didesak lepas jawatan – PSM Selangor

KUALA LUMPUR- Parti Sosialis Malaysia (PSM) Selangor mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman meletakkan jawatan...

Pertemuan 6 Mata Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

CYBERJAYA - Perbincangan enam mata wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional - UMNO, PAS dan PBBM, sabtu lepas gagal memberi sebarang penyelesaian yang...

CYBERJAYA: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan hari ini, menghormati keputusan UMNO Sabah untuk menerima pencalonan pemimpin Bersatu sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru – walaupun ia bertentangan dengan pendirian awal beliau yang mahu seorang Ketua Menteri dilantik dari kalangan wakil rakyat BN dalam pilihanraya negeri ke 16 yang lepas.

Pendirian awal Zahid sebelum ini berikutan kedudukan BN sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan 14 kerusi, berbanding 11 PPBM, 6 STAR dan 7 PBS.

Katanya, “Saya dimaklumkan oleh Pengerusi BN Sabah, YB Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat, di kalangan ADUN-ADUN GRS yang menang, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor, demi memastikan kepentingan rakyat Sabah terus diperjuangkan setelah diabaikan kerajaan Warisan sebelum ini”.

Perubahan pendirian ini jelas beliau, adalah selari dengan dasar autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama.

Zahid di akhir kenyataan tersebut, turut berdoa semoga kerajaan Sabah yang baru dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana termaktub dalam Akujanji GRS.

UMNO Sabah secara rasminya boleh menentukan hala tuju perjuangan sendiri setelah usul berkaitan kuasa autonomi UMNO di negeri itu diluluskan ketika pindaan usul mesyuarat khas bersempena Persidangan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) yang lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika itu berkata, autonomi tersebut memaktubkan kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi kerana hanya orang Sabah yang lebih arif akan masalah dan perkara yang boleh dilakukan di negeri itu.

Autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah telah dilaksanakan buat pertama kalinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis apabila soal pemilihan calon ditentukan oleh UMNO negeri berkenaan – SuaraTV

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

UMNO Desak Gugur 4 Menteri Mereka?

CYBERJAYA- Biro Politik UMNO dilaporkan memberi kata dua kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar membuat rombakan kabinet menyingkir Menteri dari UMNO yang...

Mujahid Rayu UMNO Sokong Anwar

Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mendakwa UMNO telah menjadi mangsa kumpulan ‘pembelot’ dalam Kerajaan Perikatan Nasional. Dalam artikel terbaharu bertajuk ‘Membuang...

ANALISIS: Usaha Bersatu Bunuh UMNO Punca Kegawatan Politik

APA yang berlaku sepanjang minggu ini mungkin boleh menjurus kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam beberapa hari lagi, jika pasukan beliau...

Berita Berkaitan