Shafie Apdal Kunci Mulut, Enggan Ulas Pelantikan Hajiji Sebagai KM Sabah

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengunci mulutnya daripada mengulas panjang mengenai perkembangan politik terkini di negeri itu.

Beliau kelihatan tenang dan hanya mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah yang menyokongnya.

Dalam masa yang sama beliau memberi jaminan Warisan akan terus berkhidmat untuk rakyat.

“Terima kasih banyak atas sokongan semua pihak, kepada rakyat Sabah. Kita berkhidmat kepada rakyat,” katanya ringkas sebelum masuk semula ke kediamannya di sini hari ini.

Ditanya mengenai pendirian dan rancangan seterus Warisan sejurus Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menamakan Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, Mohd Shafie mengulangi ucapan kasihnya kepada rakyat.

“Terima kasih banyak,” katanya lagi.

Mohd Shafie juga tidak menjawab soalan sama ada beliau akan ke Istana Negeri dalam masa terdekat seperti yang ditularkan.

Terdahulu beliau mengadakan pertemuan lebih tiga jam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan di kediamannya.

Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini ditewaskan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Warisan meraih 32 kerusi manakala GRS 38 kerusi DUN negeri berkenaan.

GRS hari ini menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri, dan beliau dijangka akan mengangkat sumpah pada esok.-MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat