Saya Akan ‘Sipak’ Calon BN Kalau Tak Kerja Untuk Rakyat Kata Bung

- Advertisement -

Kota Belud – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi ingatan keras kepada semua calon parti itu agar bekerja untuk rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat di negeri itu.

Bung ketika menyampaikan ucapan berkata pihaknya sendiri yang akan mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal menunaikan janji tersebut.

“Saya sendiri telah memberi ingatan kepada semua calon-calon agar bekerja untuk rakyat sekiranya berjaya menang di kerusi yang diwakili oleh BN/UMNO.

“Kalau mereka (sekiranya menang) tidak bekerja untuk rakyat, saya sendiri yang akan ‘sipak’ (mengambil tindakan) mereka, saya tidak peduli kerana yang penting adalah rakyat,” katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di pusat daerah mengundi Timbang Dayang sebentar tadi.

Bung seterusnya membidas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang dilaporkan bersetuju untuk berbincang dengan kerajaan Filipina dalam isu tuntutan terhadap Sabah.

“Ini Shafie betul bangang, dia setuju untuk berbincang dengan kerajaan Filipina, mana boleh.

“Saya berjanji kepada semua, kita tidak akan berikan walau seinci pun tanah Sabah ini kepada mereka,” tegasnya lagi. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat