CEO TikTok Letak Jawatan Lanjutan Tekanan Dari Trump

- Advertisement -

NEW York: Presiden A.S. Donald Trump telah mengarahkan larangan terhadap aplikasi TikTok di negara itu melainkan syarikat induk Bytedance dari China menjual operasi mereka di A.S. kepada syarikat Amerika dalam masa 90 hari.

Dalam surat kepada kakitangannya, Mayer berkata keputusannya untuk pergi datang setelah persekitaran politik berubah dengan ketara.

TikTok telah berjanji untuk menentang keputusan pentadbiran Trump untuk mengharamkan aplikasi tersebut di mahkamah negara berkenaan.

Mayer berkata: “Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ketika lingkungan politik berubah dengan pantas, saya telah melakukan tindakan yang bersesuaian dengan perubahan struktur korporat yang akan dilakukan kelak, serta apa kaitannya untuk peranan global yang saya terlibat.

“Dengan keadaan ini, dan seperti apa yang kami harapkan untuk mencapai resolusi berkenaan tidak lama lagi, dengan hati berat saya ingin memberitahu anda semua bahawa saya telah memutuskan untuk meninggalkan syarikat itu.”

Mayer telah menyertai TikTok sebagai CEO pada bulan Mei.

Berikutan pengunduran yang mengejutkan itu, seorang jurucakap TikTok berkata dinamik politik beberapa bulan terakhir ini, telah “mengubah” peranan Mayer dengan ketara.

Berdasarkan arahan Trump, sekiranya TikTok tidak diambil alih oleh syarikat Amerika sebelum 12 November, ia akan menghadapi larangan kekal di AS.

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat