PRK Slim: Tok Batin Merungut, 4 Kali Datang Pejabat YB Tak Ada (Video)

- Advertisement -

Slim River – Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berharap legasi prihatin yang diterapkan penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, diteruskan bakal penggantinya.

Tok Batin Kampung Sungai Jentong, Isi A/L Kecil berkata, menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim yang bakal berentap pada 29 Ogos ini akan memberi sinar harapan buat pengundi di situ terutamanya minoriti orang asal.

“(Allahyarham) Datuk Mohd Khusairi anggap kami Orang Asli di sini seperti keluarga, selalu telefon sebelum datang ziarah malah semua masalah kami beliau selesaikan.

“Tunggakan bil air, elektrik keluarga Orang Asli yang tak mampu, beliau bayarkan. Jalan kampung, lampu jalan, gelanggang takraw, tiang gol dan semua infrastruktur di sini beliau sediakan,” katanya.

Isi menambah, cuma satu harapan penduduk Orang Asli Dun Slim iaitu, wakil rakyat yang baharu tidak akan meminggirkan mereka.

“Orang Asli harap kami tidak dipinggirkan, wakil rakyat baru mesti kerap turun padang.

“Empat penggal (20 tahun) Dun Slim di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Khusairi dan Barisan Nasional (BN) banyak sekali perubahan yang berlaku,” jelasnya.

Kata Isi lagi, wakil rakyat baru harus selalu menjenguk rakyat di bawah untuk lihat sendiri kesusahan Orang Asli dan peruntukan yang perlu disalurkan kepada mereka.

Menceritakan pengalamannya yang gagal mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen PKR Tanjung Malim setelah empat kali mencuba.

“Saya pergi ke pejabat Ahli Parlimen Tanjung Malim, sekali katanya mesyuarat di Ipoh, datang lagi minggu kedua katanya mesyuarat di Kuala Lumpur pula.

“Empat kali saya cuba, sekarang saya dah malas. Sepatutnya wakil rakyat datang kampung lihat sendiri kesusahan Orang Asli,” katanya.

15 Julai lalu, Datuk Mohd Khusairi yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim meninggal dunia akibat serangan jantung.

PRK DUN Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN dan dua calon Bebas.

BN mempertaruhkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, 43, bagi mempertahankan kerusi DUN itu kekal milik BN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat