Planet Boleh Didiami Selain Bumi, Telah Dijumpai?

- Advertisement -

NAMA planet ini Kepler – 1649c. Jaraknya dari Bumi adalah sejauh 300 tahun cahaya.

Saintis mengkategorikan planet ini sebagai boleh didiami walaupun ia dekat dengan bintangnya kerana bintang itu adalah 4 kali lebih kecil dari matahari.

Disebabkan keadaan itu, air boleh wujud dalam bentuk cecair di planet tersebut (air juga boleh wujud dalam bentuk ais seperti yang dijumpai di beberapa bulan kepada planet dalam sistem solar matahari).

Planet ini ditemui oleh teleskop Kepler secara tidak sengaja pada 30 October 2018 sebelum teleskop ini terpadam akibat kekurangan bahan bakar. Saintis di NASA hanya mengesahkan penemuan planet ini pada April 2020.

Radius planet ini adalah 1.06 lebih besar dari Bumi sementara satu tahun pada planet ini adalah bersamaan dengan 19.5 hari di Bumi.

Masalahnya ialah, jarak planet ini adalah 300 tahun cahaya dari bumi (satu tahun cahaya adalah bersamaan dengan 9.5 trillion km) dan setakat ini, tidak ada teknologi dibumi yang mampu pergi sejauh itu dalam masa yang oantas – Instagram

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat