Korban Kedua Wabak Bubonik Di China

- Advertisement -

Mangsa kedua meninggal dunia akibat wabak Bubonik direkod di China, hanya dalam tempoh beberapa hari dari wilayah yang sama.

Mangsa meninggal dunia akibat kegagalan organ pada hari Jumaat di Wilayah Autonomi Mongolia China, kata pegawai kesihatan. Akibatnya, kawasan di mana pesakit tinggal iaitu di Bayannao’er, atau Bayannur, telah ditutup untuk mencegah wabak dari tersebar.

Tujuh kenalan dekat mangsa diletakkan di bawah pemerhatian perubatan, tetapi semuanya diuji negatif untuk wabak tersebut dan tidak menunjukkan gejala.

Kematian itu berlaku, hanya beberapa hari selepas satu mangsa lain meninggal akibat wabak, yang dikenali sebagai ‘Black Death’ itu.

Pesakit mati kerana kegagalan sistem peredaran darah, menurut Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Baotou. Ia bagaimanapun tidak menyebutkan bagaimana pesakit itu dijangkiti penyakit ini.

Yang pasti, Kerajaan China dengan cepat menutup kampung Suji Xincun, tempat pesakit tinggal, untuk menyekat wabak tersebut.

Semua penduduk kampung setakat ini diuji negatif dengan penyakit tersebut, dan semua rumah telah dibasmi kuman, kata pegawai.

Sembilan kenalan rapat dan 26 kenalan sekunder pesakit telah dikuarantin dan diuji negatif, kata suruhanjaya itu.

Akibat dari wabak itu juga, Damao Banner, daerah di mana kampung itu berada, amaran kesihatannya telah dinaikkan Fasa 3 untuk pencegahan wabak hingga akhir tahun ini.

Pihak berkuasa Baotou memberi amaran mengenai risiko “wabak manusia ke manusia yang merebak di bandar,” dan menggesa orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dan segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mereka mengalami gejala demam atau batuk.

Awal tahun ini, seorang budak lelaki berusia 15 tahun juga meninggal dunia akibat penyakit itu.

Kanak-kanak itu dijangkiti di Mongolia dan puluhan orang yang rapat dengannya telah diasingkan kerana penyakit membunuh itu.

Remaja yang tidak disebutkan namanya itu mengalami gejala demam kuat setelah makan daging marmot bersama dua rakannya – CNN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat