Covid-19: Dunia Berhadapan Dengan Ancaman Yang Berterusan Kata MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail mengingatkan rakyat Malaysia khususnya anak negeri Pahang agar mengambil langkah bertenang dan berjaga-jaga agar terhindar daripada jangkitan virus ini, ujarnya dalam kenyataan dilaman rasmi media sosial beliau.

Mengikut statistik terkini yang dikeluarkan, terdapat 19.5 juta kes direkodkan dan 722,368 kematian dicatatkan diseluruh dunia. Dan di Amerika Syarikat sahaja kes kematian sudah mencecah 300,000 kes akibat penyebaran virus ini.

“Dunia sedang berusaha menghasilkan vaksin, di Brazil sahaja mereka memperuntukkan hampir USD1.9 bilion bagi penghasilan vaksin, manakala Rusia pula dikhabarkan akan mendaftarkan vaksin pertama mereka pada 12 Ogos ini, katanya lagi.

“Kita memerlukan kerjasama semua pihak untuk membasmi penularan wabak Covid-19 ini kata Wan Rosdy.

Jangan ambil mudah dan alpa dengan risiko yang dibawa oleh virus ini walaupun kerajaan Malaysia banyak memberi kelonggaran seperti aktiviti perniagaan. Jaga SOP, kebersihan dan penjarakan fizikal. Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa memakai pelitup muka ditempat awam yang sesak dan kegagalan memakainya akan didenda sebanyak RM1,000, ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat