MELAKA – DAP dijangka akan cabut meninggalkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Pemimpin Bersama Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa, jika Anwar bukan lagi Perdana Menteri nanti, PH akan berpecah dan DAP mungkin akan bergerak sebagai parti solo.
“(Jika) Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya yang akan datang, PH akan collapse, PH akan berpecah.
“DAP akan merasakan why must I carry this baggage, kamu tak boleh bawa undi Melayu pun, might as well saya bertanding sebagai DAP, saya bertanding sebagai satu parti solo dan saya tumpu kepada semua kerusi-kerusi yang saya rasa boleh menang, termasuklah kerusi-kerusi PKR sebelum ini.
“Pengundi-pengundi di Melaka mungkin tak percayalah, tapi nanti 2 tahun dari sekarang atau setahun dari sekarang, kamu simpan video ini, I’m from the future.
“Hal ini akan jadi begitu, sebab satu-satunya yang menyatukan DAP, PKR, dan Amanah ialah kemungkinan hanya dengan kesatuan politik ini DAP, PKR dan Amanah boleh berkuasa, dan itu bergantung kepada satu kerjasama win-win iaitu PKR, kamu bawa undi Melayu, DAP, kamu bawa undi Cina, the moment sekarang ni semua orang tahu bahawa PH tidak akan dapat undi Melayu melebihi 20 peratus, semua orang tahu.
“Jadi DAP kata, buat apa I carry you? Sekarang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri lagi okeylah, sekurang-kurangnya kita dalam kerajaan, kita boleh buat benda bercakap, deliver untuk orang Cina, tapi kalau Anwar if no longer a prime minister, dan Anwar bila dia dah tak jadi Perdana Menteri, dia tak boleh dah pergi untuk menjadi calon Perdana Menteri yang seterusnya, umur dia dah 80 lebih, takkan tak ada calon lain langsung?
“Jadi akhirnya DAP akan merasakan, you know, Amanah, PKR, you tak boleh deliver pun undi Melayu, I kena carry your baggage ni dengan cerita Anwar Ibrahim, cerita Farhash, cerita Ramanan, cerita mafia korporat semua ni, dengan saya… saya kena, cerita Najib dibebaskanlah, cerita pengampunanlah.
“DAP akan kata I suffered so much oleh kerana keputusan-keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dan pentadbiran dia, jadi kalau dah tak menang dan kalah, kita bercerailah, you pergilah cari siapa-siapa, DAP is better off just focusing on non-Malays, kalau perkara itu berlaku, cita-cita ramai di antara kita yang nak tengok satu Malaysia yang harmoni, that brings the best out of everyone, I don’t want that ambition to die selepas PRU-16, dan saya tahu bahawa pengundi Melayu tidak akan mengundi PH dah, paling banyak pengundi Melayu akan mengundi PH, I think 20 peratus lebih, that’s the most,” katanya ketika ceramah trak kancil Bersama di Pengakalan Batu, malam tadi.
Justeru kata Rafizi, dalam keadaan itu, parti Bersama perlu ada keberanian untuk membuat keputusan yang menang-menang.
“Kita menanam benih hari ini kerana kita tahu ribut itu akan datang, orang Melayu kata sediakan payung sebelum hujan, takkan hujan ribut nanti jadi macam Malaysialah, banjir semua baru menjerit banjir, sebelum banjir tu kamu tak buat pun, tak buat pun longkang, tak baiki pun, tak buat pun projek takungan ke apa, bila banjir… bising, we’ve gone through this over and over again.
“Jadi sebab itu, saya ada satu kelebihan, Wong Chen ada kelebihan, Lee Chean Chung ada kelebihan yang tidak ada pada Anwar, pada PKR, pada DAP, pada Amanah, we’ve lost everything, politically.
“Saya dari segi politiknya sama macam uncle, uncle, kita hanya rakyat Malaysia yang biasa, orang yang bermula dari bawah, yang sudah hilang semuanya, boleh mengambil risiko yang lebih banyak berbanding dengan orang yang kena jaga kerusi Perdana Menteri dan jawatan menteri, orang yang ada masa seperti saya dan Wong Chen, kami boleh fikirkan tentang generasi masa datang, kami tak payah fikir pasal pilihan raya akan datang, tapi kita tahu bahawa kalau perkara itu akan berlaku.
“Kita tahu, kita dah tengok, selepas Najib kalah 2018, BN hancur, semua keluar, semua bergaduh, Gerakan keluarlah, PBB keluarlah.
“Itulah juga yang akan berlaku kepada PH kalau kalah PRU16, jadi kita siapkan kapal awal-awal dan oleh sebab itu, pilihan raya negeri Melaka ini jadi sangat penting kerana untuk kita bermula setapak demi setapak untuk menyediakan kapal itu, kita kena yakinkan orang-orang early believers like you, yang hadir malam ini, yang datang dengan you are all brave early believers, orang yang faham, orang yang faham bahawa you take one step back untuk you jam 100 meter ke depan, itu nama dia kancil, itulah kancil, kamu jangan jadi lembu langgar saja, kena sembelih nanti.
“Jadi kita ambil one, two steps back supaya kita boleh lajak dan kita boleh lompat, sebab kita tahu apa yang akan berlaku, yang baiknya begini tahu.
“Dalam siri-siri jelajah saya rata-rata pengundi orang Melayu datang, dan dia akan kata, “usaha lagi YB, tak apa YB, menang kalah tu tak apa, kita kena perlahan-lahan sebab yang ada semua ni semua tak dipakai.” Yang kata tu orang Umno, yang kata tu orang Pas,” katanya.



