Najib tiba di rumahnya di Langgak Duta pukul 9.30 malam

KUALA LUMPUR – Diiringi konvoi Jabatan Penjara, Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya tiba di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini pada pukul 9.30 malam tadi.

Beliau tiba bagi memulakan pelaksanaan hukuman tahanan di rumah bagi menjalani baki hukuman penjara dalam kes melibatkan SRC Internastional.

Kenderaan yang membawa beliau tiba dengan kawalan ketat di bawah iringan konvoi kenderaan rasmi Jabatan Penjara Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selepas beredar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta petang tadi, Najib singgah dahulu di Penjara Kajang untuk menyelesaikan urusan dokumentasi pelepasan.

Kawalan keselamatan di sekitar laluan masuk kediaman berkenaan diperketatkan oleh pihak berkuasa sejurus ketibaan konvoi bagi memastikan kelancaran pergerakan serta mengawal situasi persekitaran yang turut dipenuhi pengamal media.

Kepulangan Najib ke kediaman peribadinya menyusuli keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini yang membatalkan sepenuhnya ‘Perintah Pelepasan atas Pembayaran Denda’ (Order of Discharge on Payment of Fine) bertarikh 6 November lalu.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin dalam prosiding klarifikasi di mahkamah terbuka menggantikannya dengan suatu perintah baharu yang secara spesifik mengarahkan Najib menjalani baki hukuman penjara enam tahun yang telah dikurangkan itu secara tahanan di rumah di alamat Langgak Duta.

Perintah terkini tersebut selaras dengan Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 18 September 2026, susulan penyelesaian bayaran penuh denda RM50 juta pada 6 November lalu menerusi Resit No. WA0926000638.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat