Sakinah bukan perosak rumah tangga saya – Hansen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Enggan membiarkan spekulasi bertebaran, kekasih Sharifah Sakinah, 31, iaitu Michael Hansen, 41, tampil mempertahankan pelakon itu.

Lelaki berasal dari Sweden itu menafikan Sakinah menjadi perampas dan perosak rumah tangganya. Malah, dia sudah berpisah dengan bekas isterinya sebelum menjalinkan hubungan dengan Sakinah.

“Tidak adil membuat tuduhan melulu terhadap Sakinah tanpa usul periksa. Saya dan bekas isteri sudah lebih setahun berpisah.

“Sakinah bukan punca kami bercerai. Hubungan kami terlerai sudah setahun, sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Saya dan bekas isteri sudah lama tidak tinggal sebumbung,” katanya.

Duda kepada dua cahaya mata itu berharap, netizen tidak membuat andaian dan tuduhan melulu terhadap kekasihnya yang dikenali sejak lima bulan lalu itu.

“Saya anggap perkara ini sudah selesai dan tak perlu dipanjangkan lagi. Perkara tak benar, jadi saya kena membuktikannya,” katanya.

 

Aksi mesra Sharifah Sakinah dengan kekasihnya, Michael Hansen menjadi bualan ramai, hingga menimbulkan spekulasi bukan-bukan. - Foto IG Michael Hansen
Aksi mesra Sharifah Sakinah dengan kekasihnya, Michael Hansen menjadi bualan ramai, hingga menimbulkan spekulasi bukan-bukan. – Foto IG Michael Hansen

 

Hansen yang kini berada di Sweden untuk meraikan sambutan Krismas bersama dua cahaya matanya menyifatkan Sakinah, seorang wanita yang sangat menakjubkan.

“Sakinah memiliki hati yang baik. Kita sedia maklum mengenai Sakinah tebal dengan sikap kelakar dan gila-gila.

“Paling jelas, kami pernah berhadapan dengan kegagalan rumah tangga. Kisah silam lalu diharungi dengan penuh kesefahaman.

“Saya harap soal peribadi dan kisah silam biarlah terus berlalu. Biarlah, ia disimpan sebagai privasi yang perlu dihormati,” katanya.

Terdahulu, kisah percintaan Sakinah dan Hansen menjadi bualan ramai hingga timbul cerita yang tidak enak didengar yang bertebaran di laman sosial sehinggakan pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu dicop sebagai perampas. Pasangan berkenaan merancang mendirikan rumah tangga pada Mei, tahun depan.

Sebelum ini, Sakinah menegaskan, dia pantang mengambil atau ‘caras’ hak milik orang lain.

Malah, ibu kepada Anais Adha, 3, itu masih waras dan kekal dengan prinsip tidak sesekali mengambil suami orang.

“Kenapa perlu bersikap bodoh mengenali lelaki yang sudah berkahwin. Saya tahu Hansen pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata berusia lapan dan lima tahun, sejak awal perkenalan kira-kira empat bulan lalu.

“Saya rapat dengan Hansen selepas tahu statusnya sebagai duda. Dia berpisah dengan bekas isterinya sudah lama ketika bekerja di Singapura, sebelum berpindah ke Malaysia.

“Netizen suka membuat tuduhan melulu kononnya Hansen sanggup meninggalkan isteri dan dua anaknya kerana mahu berkahwin dengan saya.

“Saya pernah menghubungi bekas pekerja yang tahu kisah sebenar untuk mengetahui kesahihan cerita. Saya nak buktikan saya bukan perampas. Jika ada sesiapa nak tanya bekas pekerja berkenaan pun dipersilakan,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat