Apa punya menteri, soalan wartawan pun koyak! – Dr Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh menempelak Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang didakwa ‘koyak’ dengan soalan wartawan ketika sidang media.

“Orang yang dulu bukan main hentam kerajaan mengenai kebebasan media ketika jadi pembangkang.

“Hari ni bila jadi menteri, koyak dengan soalan wartawan dan siap ugut untuk dikenakan tindakan ke atas wartawan pula.

“Apa bingai punya menteri,” selar Dr Akmal.

Kor Ming semalam mencetuskan kontroversi pada prapelancaran projek ‘I Lite U’, yang diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pada acara tersebut, seorang wartawan dari Utusan Malaysia bertanya mengapa tema projek itu menggunakan bahasa Inggeris?

Kor Ming menjelaskan ia merupakan acara pelancongan, penggunaan bahasa Inggeris lebih sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa.

Namun, dia kemudian memberitahu wartawan Utusan Malaysia berkenaan bahawa dia akan menghubungi ketua pengarang akhbar itu berhubung soalan diajukan.

“Saya tidak mahu awak datang ke sini dan menimbulkan perkara yang boleh merosakkan keseluruhan majlis. Saya akan hubungi ketua pengarang awak,” kata Menteri DAP itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat