Ibu Zayn Rayyan didapati bersalah abai anak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat mendapati ibu kepada kanak-kanak autistik berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matin, bersalah atas tuduhan pengabaian.

Hakim Syahliza Warnoh menyampaikan keputusan itu pagi ini dengan memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Ismanira Abdul Manaf, 30 tahun.

Mahkamah mendapati Ismanira telah melakukan pengabaian apabila membiarkan Zayn berjalan di belakangnya tanpa pengawasan, yang akhirnya membawa kepada kehilangannya.

Laungan perlahan “Allahuakbar” kedengaran dari galeri selepas mahkamah menyampaikan keputusan tersebut.

Hakim kemudian meminta prosiding ditangguhkan seketika, sebelum mendengar hujahan daripada timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Raja Zaharudin dan peguam Ismanira, Haresh Mahadevan berhubung hukuman.

Ismanira berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya sekali, lapor Malaysiakini.

Prosiding diteruskan dengan hujahan mitigasi oleh peguam bela Ismanira dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat