Lebih 8,000 individu B40 berjaya dapat lesen menerusi Program MyLesen B2

- Advertisement -

MELAKA – Seramai 8,715 individu dalam kalangan B40 seluruh negara memperoleh lesen belajar memandu (LDL) motosikal menerusi inisiatif MyLesen B2 dilancarkan kerajaan bermula akhir Mei lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah itu kira-kira 96.83 peratus daripada sasaran 9,000 peserta seperti diumumkan kerajaan dengan peruntukan RM2.3 juta dalam Belanjawan 2023.

“Ada calon yang tidak dapat melepasi ujian, jadi dia kena mengulang sebab kita kena selesaikan ujian dan latihan pada tahun ini juga kerana peruntukan disediakan untuk tahun ini.

“Kerajaan amat prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan pengangkutan tetapi masih tidak mempunyai lesen.

“Jadi ini antara usaha berterusan untuk membantu golongan B40 dan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan lesen dan menggunakan manfaat lesen untuk mencari rezeki dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas menyampaikan lesen B2 kepada 298 penerima pada Majlis Penutupan Program MyLesen B2 peringkat JPJ Melaka di Banda Hilir hari ini.

Mengulas lanjut, Aedy Fadly menegaskan lesen diberikan bukan ‘gerenti lulus’ sebaliknya setiap calon perlu mengikuti latihan dan ujian di sekolah memandu terpilih.

“Kita ada letakkan syarat di setiap negeri bagi semua peserta dan mereka perlu mengikutinya.

“Jika perlu ulang tiga kali, dia kena buat, tapi kita akan berusaha melatih mereka sehingga lulus,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata, aplikasi digital MyJPJ mendapat maklum balas memberangsangkan apabila 7.3 juta pengguna sudah berdaftar setakat 26 Oktober lalu.

“Selain itu 6.5 juta pengguna jalan raya sudah mendaftar JPJID untuk menggunakan lesen memandu digital.

“Kita ke arah pendigitalan dan sentiasa menguar-uarkan kepada orang ramai mengenainya dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong usaha kerajaan ini,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat