WALI Sekadar Slogan, Ramai Calon Menang Kena Pancung – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan akan menampilkan calon ciri ‘wali’ iaitu boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) yang berkaliber dan berdaya hanyalah sekadar slogan retorik.

Penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, ramai calon menang khabarnya ‘dipancung’ terutamanya yang dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Janji kononnya bakal dipilih adalah para Wali (Winnable,acceptable,and Likeable),namun kedengaran sana sini ramai sudah “winners” dipancung,terutama dekat dengan Perdana Menteri, tapi itu sekadar desas-desus.

“Apapun kita berilah ruang secukupnya kepada pucuk pimpinan untuk berunding dan memilih,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Annuar menegaskan tidak akan meminta-minta atau melobi pucuk pimpinan Umno supaya menamakan beliau sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih calon yang difikirkan layak dan mampu membawa kemenangan kepada BN.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia itu memilih untuk menunggu pengumuman rasmi parti yang akan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi.

“Menjadi calon tidak boleh diminta minta.Tak perlulah melobi lobi..Ia satu amanah, tanggungjawab untuk memenangkan cukup kerusi bagi parti.Jika tidak,berkubur dua kali.

“Kurangkan spekulasi.Tunggu saja pengumuman rasmi sehari dua saja lagi,” ujarnya.

Annuar berkata demikian susulan berlegarnya spekulasi senarai calon BN untuk PRU15.

Kata beliau, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sudah mula umumkan senarai yang sarat dengan ‘big and heavyweight personalities’ manakala BN dalam sehari dua lagi.

“Bakal calon sudah dibawa menandatangani dokumen dan akujanji tertentu sejak 2 hari yang lalu..Justeru rumours mula tersebar.

“Nampaknya,walau perlembagaan menghuraikan dengan jelas skop dan kaedah pemilihan calon,nampaknya sekali lagi ia tidak di endahkan.

“Dijanjikan juga Top 5 Umno diberi kuasa merundingkan bagi pihak Majlis Kerja Tertinggi (MKT berkuasa memilihnya),namun ahli Top 5 mengesahkan senarai itu ditapis lagi oleh “high up”.Proses sedang berjalan,” ujarnya lagi.

Annuar antara nama pemimpin yang tidak akan dicalonkan BN dalam PRU kali ini di samping beberapa lagi wakil rakyat yang dilihat pro Ismail Sabri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat