Ahli Parlimen Bersatu Beri Gambaran Mungkin Tanding Bebas Jika Tidak Dicalonkan

- Advertisement -

BAGAN SERAI – Penyandang kerusi Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mungkin akan bertanding Bebas di Parlimen ini jika tidak dicalonkan semula oleh Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, sehingga hari ini belum ada perkembangan siapa calon PN di kerusi itu dan tiada mana-mana pihak yang boleh mendakwa dipilih oleh parti.

“Setakat ini, belum ada keputusan dari pucuk pimpinan parti dan saya percaya senarai nama-nama calon yang akan bertanding akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Saya masih lagi berpegang kepada prinsip janji iaitu penyandang dikekalkan bagi mempertahankan kerusi ini, apatah lagi saya merupakan anak tempatan di sini.

“Saya masuk dijemput, tapi kalau saya tidak dipilih saya akur dan balik kepada kehidupan biasa.

“Tapi saya tak tahulah di Parlimen Bagan Serai, mana tahu kalau ada orang tiba-tiba nak bertanding Bebas kan? Anak tempatan nak bertanding Bebas mungkin faktor keutamaan anak tempatan juga mampu menang,” katanya.

Noor Azmi yakin sekiranya dicalonkan semula, beliau mampu meraih kemenangan buat PN di atas beberapa faktor sedia ada di kawasan ini.

“Dua penggal saya menyandang kerusi ini dan saya mendapati rakyat Bagan Serai mempunyai sentimennya tersendiri iaitu lebih mengutamakan calon tempatan daripada calon luar.

“Mengambil kira faktor itu dan memahami apa kehendak rakyat di sini,saya percaya dan yakin Insya-Allah saya mampu meraih kemenangan di kerusi ini,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat