Sematkan Semangat Juang Dan Cinta Ibu Pertiwi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Keluarga Malaysia agar menyematkan semangat juang para pahlawan dan kecintaan kita dengan menjadi pewaris negara yang penuh bertanggungjawab terhadap ibu pertiwi.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau mengingatkan rakyat negara ini tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

“Tanggal 31 Julai, negara kita menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati perajurit negara dan mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

”Keamanan yang kita kecapi ini adalah hasil daripada para pahlawan yang berjuang demi mempertahankan tanah air yang berdaulat ini.

”Perjuangan mereka begitu besar sehingga sanggup mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir bagi tanah air yang tercinta,

“Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2022.” ucapnya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat