Penubuhan Puteri BN untuk kukuhkan kesiapsagaan PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penubuhan Puteri Barisan Nasional (BN) yang telah diluluskan hari ini merupakan satu pengukuhan penting terhadap kesiapsiagaan parti itu dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kelulusan itu yang akan diabsahkan di mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Ogos nanti juga bakal menyaksikan calon baharu dari kalangan Puteri BN diketengahkan di PRU15 nanti.

“Realiti yang ada di hadapan kita jika mahu menang, muka-muka baharu mesti diketengahkan lebih ramai lagi, ini terbukti di PRN Melaka apabila 87 peratus muka baharu dan hasilnya kita menang lebih tiga per empat majoriti.

“Acuan yang kita lihat di PRN Johor dan Melaka itu merupakan acuan yang terbaik dan kita akan lakukan lebih baik daripada itu, kita utamakan “muka-muka segar” sebab tu kita faham bahawa berlaku tsunami politik dalam PRU14,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan konvensyen Puteri BN di sini hari ini.

Menurutnya, kesiapsiagaan Puteri BN yang menggabungkan sayap belia wanita dalam komponennya seperti Puteri MIC dan Beliawanis (MCA) adalah di tahap yang optimal sekali gus menunjukkan keseriusan jentera BN dalam mendepani cabaran pilihan raya akan datang.

Saya lihat dalam kalangan parti-parti komponen BN, keseluruhan usaha untuk memantapkan BN lebih jelas dan tentunya kita harus mengikis perbedaan-perbedaan yang ada di PRU sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti Zahid berkata perkara itu adalah manifestasi persetujuan semua parti politik untuk memastikan amanah yang telah diberikan oleh rakyat terhadap pemimpin terus terbela.

“RUU lompat parti itu ialah manifestasi bahawa semua parti politik bersetuju bahawa ia satu usaha untuk mengelakkan amanah rakyat itu ‘terburai’ apabila kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti,” katanya.

Sebelum ini, Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti mendapat sokongan lebih dua pertiga ahli dewan.

Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu memperoleh masing-masing sokongan 209 daripada 220 Ahli Parlimen selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat