Bekas MB Selangor Meninggal Dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meninggal dunia pada Jam 11.08 malam di Hospital Cordiac Vascular Central, sebentar tadi.

Allayarham dimasukkan ke Hospital sejak 23 April lepas akibat jangkitan pada injap jantung.

Menerusi kenyataan admin Facebook beliau, jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Sejurus itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi rakyat Selangor memberi penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

”Atas limpah Kurnia DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan disemadikan di Makam Di Raja Shah Alam.” Kata kenyataan tersebut. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat