Tengku Zafrul Tinggalkan UMNO, Bukan Isu Besar, Tak Gugat Parti – Pemuda UMNO Batu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu, Mohd Zulfadli Amiruddin menyifatkan keputusan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO sebagai langkah terbaik untuk semua pihak, termasuk parti itu sendiri.

Menurut beliau, UMNO tidak perlu terlalu bergantung kepada figura besar yang tidak berakar dalam jentera parti, sebaliknya perlu terus mara bersama pemimpin yang setia dan sanggup berjuang.

“Tengku Zafrul bukan Ahli Parlimen, bukan pemimpin yang mengakar dalam jentera parti, malah tempoh beliau sebagai Senator juga bakal tamat. Maka, pemergian beliau tidak menjejaskan kedudukan UMNO jauh sekali menggugat status quo,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, dalam landskap politik baharu, adalah penting untuk parti bersikap matang dan menerima hakikat bahawa tidak semua yang datang akan kekal, dan tidak semua pemergian perlu dianggap satu kerugian.

Pemuda UMNO Bahagian Batu turut menegaskan bahawa kesetiaan kepada parti bukan sekadar slogan, tetapi teruji melalui keberanian untuk kekal bersama ketika parti berada dalam keadaan mencabar.

“Mereka yang meninggalkan perjuangan bukan ancaman. Mereka cuma membuka lebih banyak ruang untuk kita tampilkan pemimpin yang benar-benar berjiwa UMNO,” ujarnya.

Dalam nada optimis, beliau menyeru agar parti tidak panik atau melatah apabila ada tokoh yang memilih untuk pergi, sebaliknya melihat situasi itu sebagai peluang untuk melakukan pembaharuan dalaman.

“UMNO adalah parti yang matang. Ia tidak akan melatah hanya kerana satu kerusi kosong. Sebaliknya, kita lihat ini sebagai ruang untuk membuktikan bahawa kekuatan UMNO tidak pernah bergantung pada satu nama,” katanya lagi.

Beliau mengakhiri kenyataan dengan penegasan bahawa dalam perjuangan politik hari ini, yang lebih penting adalah mereka yang kekal setia dan sanggup terus memikul panji perjuangan hingga ke akhir, bukan mereka yang memilih untuk pergi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat