Maybank Siasat Dakwaan Berlaku Kebocoran Data Pelanggan

- Advertisement -

PETALING JAYA – Malayan Banking Bhd. (Maybank) sedang menyiasat dakwaan berlaku kebocoran data membabitkan pelanggannya seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Maybank dalam hantaran di Twitter berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan sedang mengenal pasti sama ada perkara itu benar ataupun tidak.

Katanya, setakat ini pihaknya tidak mengalami sebarang pelanggaran data.

“Kami menerapkan keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan data yang kukuh untuk melindungi keselamatan, privasi dan integriti data serta sistemnya,” ciapnya di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) menyiasat satu dakwaan berlaku kebocoran data melibatkan kira-kira 13 juta rakyat Malaysia.

Difahamkan, data-data tersebut merupakan milik pengguna syarikat swasta dan agensi milik kerajaan. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat