Agong Santuni 150 Asnaf Di Kuala Lipis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan peribadi kepada 150 asnaf di Kuala Lipis, Pahang.

Menurut Facebook Istana Negara selain sumbangan peribadi, Seri Paduka turut berkenan mengurniakan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian daripada Majlis Ugama Islam serta Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada asnaf terbabit.

Majlis pengurniaan diadakan di pekarangan Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis, yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehudin Ishak.

“Sebelum majlis, Seri Paduka Baginda telah berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut dan meluangkan masa bertanya khabar serta beramah mesra dengan para jemaah,” menurut Istana Negara. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat