Ismail Sabri bangga Bahasa Melayu diiktiraf di Korea Selatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bangga apabila Bahasa Melayu diiktiraf dan diguna pakai di Korea Selatan sebagai bahasa antarabangsa yang dipapar di papan tanda negara itu.

Kata Ismail Sabri, impian dan cita-cita beliau untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu sudah membuahkan hasil apabila Korea Selatan mengguna pakai Bahasa Melayu di papan tanda.

“Semestinya saya berbangga apabila Bahasa Melayu berkembang dan digunakan oleh negara asing iaitu Korea Selatan.

“Impian dan cita-cita saya untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu nampaknya sudah mula membuahkan hasil.

“Saya serta pejuang Bahasa Melayu akan terus memperjuangkan untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa,” ikrar beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Dalam satu tangkap layar yang disiarkan Focus Malaysia menunjukkan papan tanda Hentian Bas ulang-alik Namsan di Korea Selatan menjadikan salah satu bahasa yang diterjemahkan dalam pemberitahuan itu.

Kapsyen foto berkenaan mencatatkan,”Usaha bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memartabatkan dan mengiktiraf Bahasa Melayu telah menjadi kenyataan, tetapi malangnya beliau bukan lagi Perdana Menteri untuk menikmati hasil kerja kerasnya dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu,”.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menyatakan bahawa beliau dan seluruh Keluarga Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Korea Selatan atas usaha ini dan menganggap ianya sebuah pengiktirafan kerajaan Korea Selatan kepada Malaysia dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat