UPSI & LPSVN meterai MoU, jalin kerjasama perkasa industri seni visual

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

TANJUNG MALIM – Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara  (LPSVN), agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat, Balai Seni Negara (BSN), majlis MoU ini di diadakan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah pada Sabtu, serentak dengan Program Lestari Art 1.0 2024 anjuran Fakulti Seni Kelestarian dan Industri Kreatif, UPSI.

Beliau berkata, MoU ini ditandatangani oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff dan Ketua Pengarah LPSVN, Amerrudin Ahmad.

Turut hadir menyaksikan, Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPSVN, Alizam Hasan dan Timbalan Naib Canselor UPSI (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Abdul Rahim Razali.

Katanya, UPSI sentiasa komited dalam sebarang bentuk usahasama dengan agensi luar bagi memperkasakan kepelbagaian bidang kebudayaan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Melalui MoU ini, kerjasama antara LPSVN dan UPSI dapat diteruskan dalam membangunkan industri seni visual negara dan menjadi platform bagi percambahan idea melalui kolaborasi antara kedua-dua pihak,” katanya.

Ujarnya, kerjasama yang terjalin ini secara tidak langsung dapat membuka ruang untuk meneroka pelbagai informasi baharu menerusi penganjuran pelbagai program, simposium, konferensi, kursus pendek serta perbincangan penyelidikan berkaitan seni.

“Pemeteraian MoU ini mampu memberi impak yang tinggi terhadap kedua-dua belah pihak.

“Selaku peneraju seni visual tempatan, LPSVN sentiasa cakna dan proaktif dalam meningkatkan usaha untuk merangka inisiatif yang lebih besar bagi meningkatkan perkembangan ekosistem seni visual tanah air,” tambah kenyataan itu lagi. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat