Cuma PH nak lihat MN gagal, PAS masih runding dengan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Status kerjasama Muafakat Nasional (MN) masih dirunding membabitkan PAS dan UMNO,” kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberitahu perjumpaan membabitkan PAS bersama kepimpinan UMNO masih lagi berjalan dan akan dilaksanakan secara berterusan khususnya dalam membincangkan mengenai kerjasama kedua-dua parti dalam MN.

Jelas Idris, parti itu tetap berpegang kepada pendirian untuk memperkukuhkan MN bersama UMNO, selain jalinan kerjasama bersama parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, hanya satu pihak sahaja iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mahu melihat segala usaha bagi membentuk kerjasama itu digagalkan.

“Memang setakat sekarang, (prinsip) kita (untuk) kukuhkan (kerjasama) (dengan) Muafakat Nasional pun kita kukuhkan… (bersama) Perikatan Nasional pun kita kukuhkan.

“Yang tidak mahu (PN dan MN) dikukuhkan (adalah) Pakatan Harapan, (mereka sahaja) tidak mahu.

“Benda itu (pertemuan serta) perbincangan (sedang) berjalan berterusan walaupun (diadakan secara) tidak formal seperti minum teh (di warung dan sebagainya), tetapi (berjalan secara) berterusan,” kata Idris memetik Astro Awani di Sik, Kedah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama guru-guru pondok seluruh Kedah, di Pondok Tuan Guru Haji Salleh di sini, pada Khamis.

Idris juga berkata, PAS dan UMNO juga akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan kerjasama di peringkat negeri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Terdahulu, PAS Kelantan menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh pertemuan dengan UMNO Kelantan bagi membincangkan kerjasama antara kedua-dua parti itu dalam MN.

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata pertemuan itu antara lain akan turut membincangkan hala tuju serta masa depan kedua-dua parti tersebut pada PRU15.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat