1,000 kakitangan, sukarelawan MARA bantu pasca banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib mangsa banjir, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengerakkan 1,000 kakitangannya termasuk sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf berkata antara bantuan yang diberikan seperti baik pulih rumah, membersihkan rumah penduduk terkesan dengan banjir dan memeriksa serta membaiki peralatan elektrik.

“Kalau ikutkan kita (MARA) telah mula (turun beri bantuan) sejak hari kejadian berlaku Sabtu, Ahad dan Isnin kita (kakitangan) telah bergerak bersama sukarelawan MARA (para pelajar di bawah MARA dan sebagainya).

“Sepanjang bencana banjir ini berlaku di Selangor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, kita telah memberikan khidmat pembersihan rumah, kemudian kita juga memberi khidmat bantuan pembaikan peralatan elektrik di mana kita periksa dan baiki kerosakan dengan kekuatan lebih 800 hingga 1000 di seluruh negeri warga MARA yang terlibat dalam sukarelawan misi banjir ini,”katanya ketika di temui di Program Membersih Rumah Mangsa Banjir anjuran Kementerian Luar Bandar (KPLB), MARA dan Kumpulan MARA Corporation di Kampung RTB Bukit Canggang di Spang pagi tadi.

Menurut beliau, selain Bukit Canggang, KPLB turut mengerakkan seramai 300 kakitangan dan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir membersihkan rumah di daerah Bentong.

Tambah Azhar selain MARA, program tersebut turut di hadiri kakitangan di bawah agensi KPLB seperti RISDA, KEMAS, Felcra serta sukarelawan dari UniKL dan Kolej PolyTech Mara.

Azhar juga memberitahu sepanjang musibah ini melanda negara seramai 287 warga kerja Mara turut terkesan dalam bencana banjir ini.

“Alhamdulillah bantuan disampaikan dalam bentuk kewangan, bakul makanan dan khidmat mencuci rumah ke rumah.Bagi peminjam perniagaan atau pelajaran, kita juga akan buat penjadualan semula dan perkara itu telah pun diumumkan oleh Menteri.

“Banjir ini ketentuan Allah kita diberitahu akan ada gelombang kedua, dari segi persediaan saya telah gerakkan semua pejabat MARA seluruh negara untuk bersiap siaga dan berwaspada dan teruskan program CSR kepada warga MARA dan orang awam,” ujar Azhar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat