Kelantan kini hadapi gelombang kedua, 567 mangsa sudah dipindah ke PPS

- Advertisement -

KOTA BHARU – Seramai 567 mangsa dilaporkan terjejas dalam gelembong kedua banjir di Kelantan setakat jam 2 petang ini.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan berkata, tujuh PPS dibuka dan menempatkan seramai 567 mangsa.

Gelombang kedua banjir mula melanda negeri ini apabila Jeli menjadi daerah pertama terjejas apabila air Sungai Lanas dan Pergau melimpah selepas hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dilaporkan sudah melepasi paras amaran iaitu mencecah 23.06 meter, berbanding paras normal 19 meter.

Bagaimanapun sungai-sungai utama di Kelantan seperti Tangga Krai, Kuala Krai, Jambatan Guillemard (Tanah Merah), Tambatan Diraja (Kota Bharu) dan Sungai Golok (Rantau Panjang) masih normal meskipun menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Jeli melaporkan Jalan Jeli Lama dinaiki air sedalam hampir satu meter di laluan sejauh 650 meter dan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat