Media sosial punca penceraian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perceraian gara-gara berjumpa dengan kekasih lama di media sosial mencatatkan angka yang sangat mencemaskan di Terengganu.

Isu perceraian yang berlaku di Terengganu tahap membimbangkan apabila merekodkan 1,855 kes iaitu peningkatan kepada 20 peratus daripada 9,075 perkahwinan tahun ini berbanding tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim berkata mengikut data seramai 11,246 perkahwinan tahun 2022, namun berlaku perceraian 1,656 kes iaitu 14.7 peratus.

ADUN Ajil itu berkata isu terbabit satu perkara yang perlu ditangani bersama kerana isu perceraian dan rumah tangga ini isu yang membabitkan semua pihak dari komuniti hingga ke pihak tertinggi kerajaan.

“Kalau kita kaji dari sudut sebab memang banyak sebab dan mengikut pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang merekodkan pasangan mahu bercerai akan dipanggil untuk proses kaunseling kadang-kadang menyembunyikan sebab sebenarnya.

“Malah, pengaruh media sosial mencatatkan yang sangat mencemaskan kita yang mana ramai yang bercerai apabila berjumpa dengan kekasih lama,” lapor BH, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu perceraian yang dibangkitkan oleh Ahmad Shah Muhamed (PAS-Bandar) dalam sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman.

Mengulas lanjut, Maliaman berkata, beliau sendiri juga rasa tercabar kerana menjadi pengerusi portfolio keluarga dan pembangunan wanita.

Beliau berkata, masalah perceraian ini akan memberi kesan kepada sosial kepada keluarga khususnya kepada anak-anak.

“Pengalaman saya sebagai guru apabila berlaku perceraian ibu bapa, anak-anak akan terkesan sangat parah sehingga menyebabkan berlaku yang hampir mahu bunuh diri pun ada kerana tekanan yang mereka dapati daripada perceraian ibu bapa.

“Jadi, Insya-Allah isu ini akan diambil berat oleh pihak kerajaan dan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) juga sudah merancang pelbagai rangka program bersama dengan Urus Setia Wanita Terengganu (USWa) untuk ke arah kesejahteraan kehidupan rakyat dan membudayakan wanita menjadi tulang belakang kepada rumah tangga,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat