JDT, Kedah berdepan lawan mudah saingan Piala FA

- Advertisement -

Saingan Piala FA 2024/25 kian dirasai setelah keputusan undian diketahui sebentar tadi dengan sepak mula dijadualkan bermula pada 13 hingga 15 Jun depan.

Majlis undian pusingan 16 terbaik dijalankan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyaksikan beberapa keputusan menarik dan bakal mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Tumpuan sudah pasti kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berdepan lawan mudah, Kelantan Darul Naim (KDN) FC.

Naib juara Piala FA, Kuala Lumpur (KL) City FC pula akan membuat perhitungan dengan Kuching City FC yang dibimbing pengendali dari Singapura, Aidil Sharin Sahak.

Skuad Harimau Selatan pada musim lalu merangkul kejuaraan Piala FA setelah menumpaskan KL City 2-0 hasil jaringan jarak jauh Hong Wan dan ledakan, Leandro Velazquez.

Kedah Darul Aman (KDA) FC pula berdepan cabaran pasukan Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC.

Selangor FC bakal turun tanpa kelibat pemain sensasi, Faisal Halim yang masih dalam proses pemulihan akibat kelecuran tahap empat akan menguji Negeri Sembilan FC.

Terengganu FC akan berdepan cabaran Perak FC setelah pertemuan Liga Super 2024/25 memihak kepada skuad Peteh dengan keputusan 3-1.

Sri Pahang yang dibimbing Fandi Ahmad pula akan menghadapi saingan Penang FC.

PDRM FC pula dijangka tiada masalah untuk mengatasi cabaran satu lagi wakil Liga A1 Semi Pro, Malaysian University.

Negeri di bawah bayu, Sabah FC yang dilatih Datuk Ong Kim Swee juga dilihat berdepan laluan mudah apabila dijadualkan bertemu KL Rovers.

Aksi pusingan 16 terbaik bakal berlangsung dengan satu perlawanan, manakala peringkat suku akhir dan separuh akhir dijalankan secara timbal balik. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat