China dan US mula bergurau senda di Laut China Selatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Media antarabangsa melaporkan Amerika Syarikat (US) dan China mula memercikkan api konflik di Laut China Selatan berhampiran kawasan maritim Filipina yang dituntut oleh China.

US menghantar kapal pemusnah (destroyer) USS Halsey melakukan pelayaran berdekatan dengan Kepulauan Paracel yang terletak dalam kawasan maritim Filipina

Jurucakap bagi tentera China berkata bahawa mereka “mengatur pasukan tentera laut dan udara untuk mengikuti dan memantau kapal tersebut mengikut undang-undang dan peraturan dan telah mengeluarkan amaran untuk mengusirnya.”

“Tindakan oleh Amerika Syarikat secara serius melanggar kedaulatan dan keselamatan China,” tambahnya.

Tentera Pembebasan Rakyat menuduh Washington sebagai “pencipta risiko keselamatan”.

Manakala US, yang merupakan sekutu Filipina dalam mempertahankan sempada maritimnya di Laut China Selatan, mengutuk tuntutan maritim ‘tidak sah’ China dan menegaskan bahawa USS Halsey “mempunyai hak dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan berdekatan dengan Kepulauan Paracel.”

“Tuntutan maritim yang tidak sah dan meluas di Laut China Selatan membawa ancaman serius terhadap kebebasan laut,” tambahnya.

China menuntut sebahagian besar kawasan Laut China Selatan, termasuk kawasan yang dituntut oleh Filipina, Vietnam, Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Pada tahun 2016, Mahkamah Tetap Penghakiman Antarabangsa di Den Haag memutuskan bahawa tuntutan Beijing tidak mempunyai asas di bawah undang-undang antarabangsa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat