Kerajaan Anwar boleh tumbang jika PN dapat sokong MP Kerajaan – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) masih mampu mengambil kerajaan dengan mengguna pakai kaedah seperti mana lima ahli Parlimen Bersatu yang bertindak isytihar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa keluar parti.

Syor itu dikemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu menyatakan, PN juga boleh mendapatkan sokongan ahli Parlimen kerajaan untuk menubuhkan pentadbiran baru.

“Untuk dirikan kerajaan, PN perlu ada jumlah wakil rakyat lebih 112. Macam mana nak dapat? (Kaedah) sama seperti lima (MP Bersatu) sokong Anwar. (Mereka) tak keluar parti (maka) tak digugurkan (sebagai ahli Parlimen).

“Kalau ada ahli Parlimen tak suka kerajaan, katakan dalam 30 orang daripada Umno, Amanah dan PKR tolak Anwar, (ia boleh) membawa kepada kejatuhan Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Dengan itu parti lain termasuk PN boleh pilih orang lain (sebagai perdana menteri) seperti ketika Muhyiddin (Yassin) dijatuhkan selepas 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan, seterusnya Ismail Sabri jadi perdana menteri. Perkara ini boleh diulang sekarang,” katanya dalam program Minggu Negarawan: Setahun kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Selain Mahathir, turut menjadi panel program adalah Pengarah eksekutif Ilham Hisomuddin Bakar.

Kelmarin, ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menjadi wakil rakyat Bersatu kelima yang menukar sokongan kepada Anwar.

Beliau menyusuli Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Dengan ikrar sokongan mereka, Anwar kini mempunyai sokongan 152 ahli Parlimen. Bagaimanapun, ini tidak dapat dibuktikan sehingga pengundian blok berlangsung di Dewan Rakyat.

Mengulas ulang tahun pertama pentadbiran Anwar, Mahathir mendakwa dasar kerajaan hari ini tidak memihak kepada orang Melayu kerana Anwar bergantung kepada sokongan bukan Melayu.

“Anwar bergantung amat sangat kepada sokongan bukan Melayu. Kalau tidak ada sokongan bukan Melayu dia akan jatuh. DAP mempunyai 40 kerusi. Dalam PKR ramai bukan Melayu.

“Jadi, dasar Anwar tidak memihak kepada Umno dan orang Melayu. Bila DAP kata negara kita bukan negara orang Melayu tetapi milik pelbagai kaum, Anwar setuju,” kata lapor Malaysiakini.

Untuk rekod, pandangan itu berbeza dengan apa yang disuarakan beberapa penganalisis politik sebelum ini, antaranya Wong Chin Huat yang berpandangan Anwar pada masa ini cuba melawan pembangkang untuk menjuarai naratif Melayu.

“Sebaliknya dia cuma mengatasi lawan tetapi bagaimana dia akan jadi lebih asli daripada yang asli? PAS itulah yang asli dan Anwar tidak akan sesekali jadi asli,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat