Prihatin Nasib Pekebun Kecil, Bantuan Musim Tengkujuh Akan Dinaikkan – PM

- Advertisement -

BERA – Kerajaan akan memastikan peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan ditingkatkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini beliau telah pun mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju meluluskan sejumlah RM191 juta BMT yang melibatkan seramai 232,319 pekebun kecil RISDA.

Katanya, kesemua pekebun kecil berkenaan bakal menerima bantuan sebanyak RM600 yang disalurkan secara berperingkat iaitu RM300 pada November dan bakinya pada bulan Disember.

Bagi BMT negeri Pahang, Ismail turut mengumumkan seramai 24,237 pekebun kecil bakal menerima bantuan dengan jumlah peruntukan berjumlah RM14.54 juta, ujarnya.

“Insya-ALLAH, pada tahun depan, jika Kerajaan saya dipilih semula pada PRU-15, BMT ini akan ditambah sebanyak RM200 kepada RM800 dengan peruntukan sebanyak RM256 juta selama empat bulan kepada pekebun kecil RISDA dan FELDA seramai 320,000 orang.

“Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan lebih besar kepada masyarakat pekebun kecil iaitu peningkatan sebanyak 18.1 peratus berjumlah RM600 juta berbanding RM508 juta yang disalurkan pada tahun ini,” katanya ketika berucap di Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Sehubungan itu, penyandang Parlimen Bera itu memberitahu, semua peruntukan dan peningkatan bantuan yang diumumkan membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin dengan pembangunan sektor komoditi getah.

“Peruntukan ini membuktikan bahawa Kerajaan amat prihatin kepada pembangunan sektor komoditi getah yang diusahakan oleh pekebun kecil,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat