Belanjawan 2022 : Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera Memacu Pembangunan Sosio Ekonomi Luar Bandar

- Advertisement -

Kementerian Pembangunan Luar Bandar(KPLB) menyambut baik
pembentangan Belanjawan 2022 yang bertemakan Keluarga
Malaysia, Makmur Sejahtera yang menitik beratkan agenda
pembangunan ekonomi dalam usaha pemulihan negara di samping
memberi tumpuan kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia pasca
pandemik.

Menterinya, Datuk Seri Mahadzir Khalid dalam satu kenyataan media hari ini berkata, Belanjawan 2022 merupakan satu bajet yang inklusif dan
menyeluruh dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal
termasuk golongan luar bandar dan B40.

KPLB jelasnya turut menyokong usaha yang dilaksanakan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia dan YB Menteri Kewangan menerusi Bajet 2022
untuk memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu
pembaharuan yang akan memberi manfaat kepada 7.6 juta penduduk
luar bandar.

KPLB merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana
Menteri dan YB Menteri Kewangan di atas peruntukan berjumlah
RM10.53 billion kepada KPLB. Jumlah ini meliputi RM3.52 billion
peruntukan mengurus dan juga RM7.01 billion peruntukan
pembangunan. Jumlah ini adalah RM345 juta atau 3.39% lebih
tinggi daripada peruntukan 2021. Jumlah peruntukan ini boleh
dianggap besar terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang
masih lagi dalam peringkat pemulihan daripada pandemik COVID-19.

Menerusi peruntukan ini, lebih banyak projek pembangunan yang dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar bukan sahaja dari segi
infrastruktur tetapi juga dari segi ekonomi dan modal insan. Ini seterusnya dapat menyokong pembangunan sosio-ekonomi serta
mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera
seperti mana yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar
Bandar 2030.

Di bawah peruntukan pembangunan, sejumlah RM2.43 bilion bagi pembangunan infrastruktur asas di luar bandar seperti Bekalan
Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Luar
Bandar dan Jalan Perhubungan Desa. Jumlah ini adalah RM112.1
juta atau 4.81% lebih tinggi jika dibandingkan dengan peruntukkan
tahun 2021.

Dalam usaha untuk merancakkan aktiviti ekonomi di luar bandar,
sebanyak RM15.3 juta telah diperuntukkan untuk aktiviti
keusahawanan luar bandar. Jumlah ini merupakan peningkatan
sebanyak 4.3 juta atau 39% daripada peruntukan tahun 2021.

Selain itu, bagi meningkatkan taraf kesejahteraan penduduk luar
bandar, sebanyak RM384.1 juta telah diperuntukkan untuk
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di mana jumlah ini
merupakan peningkatan sebanyak RM9.1 juta atau 2.4% daripada
peruntukan tahun 2021.

KPLB amat mengalu-alukan peruntukkan bagi memperkasakan
agenda pembangunan Bumiputera khususnya dalam bidang
pendidikan, ekonomi dan keusahawanan, yang turut memberi
manfaat kepada masyarakat luar bandar termasuk golongan belia dan
wanita. Untuk tahun 2022, sebanyak RM2.01 bilion telah diperuntukkan untuk Program Penajaan Pendidikan MARA.

Selaras dengan konsep kebersamaan Keluarga Malaysia,
pembangunan Orang Asli tidak dipinggirkan di mana RM274 juta
telah diperuntukkan untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli. Ini meliputi program pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan untuk memperkasa komuniti Orang Asli di Malaysia. Dalam hal ini, kadar wang saku murid Orang Asli di sekolah menengah dinaikkan daripada RM2.00 kepada RM4.00 sehari.

KPLB juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM699 juta untuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(RISDA) dan RM495 juta bagi FELCRA yang akan memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil di bawah kedua-dua agensi
berkenaan.

Bagi menyokong usaha untuk menggalakkan pendidikan awal kanak￾kanak terutamanya di luar bandar, Program Geran Per Kapita dan Bantuan Makanan Tambahan masih lagi diteruskan pada tahun 2022 bagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM182.9 juta.

KPLB akan memastikan supaya peruntukan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan agar nikmat pembangunan dapat dikongsi bersama Keluarga Malaysia dalam menggerakkan usaha pemulihan negara ke arah luar bandar sejahtera agar rakyat kembali makmur dalam norma baharu

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat