AIM Turunkan Caj Pengurusan 2% Untuk 4 Skim Pembiayaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menurunkan kadar caj pengurusan sebanyak 2% membabitkan empat Skim Pembiayaan Ikhtiar iaitu Skim Pembiayaan i-Wibawa, i-Sejahtera, i-Bestari dan i-Penyayang.

Pengumuman mengenai penurunan kadar caj yang dahulunya sebanyak 10 peratus kepada 8 peratus itu dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Tan Sri Noh Haji Omar.

Pengumuman dibuat Noh ketika merasmikan Program Karnival Usahawan Dan Koperasi yang diadakan di Padang Astaka, Tanjung Karang, Selangor. Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Abdul Aziz.

Penurunan caj pengurusan sebanyak 2 peratus itu akan berkuatkuasa selama dua tahun iaitu bermula pada tahun 2022 hingga tahun 2023. Ia membabitkan peruntukan pembiayaan sebanyak RM970.39 JUTA, dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 380,000 Sahabat seluruh negara. Keempat-empat skim pinjaman ini mempunyai had pinjaman sehingga RM20,000.

Selain caj pengurusan, Noh turut mengumumkan pemberian rebat/diskaun secara pro-rata kepada semua Sahabat yang melunaskan pinjaman lebih awal. Rebat pro-rata ini diberikan sehingga 50% kadar caj pengurusan. Ini bermakna, lebih awal Sahabat melunaskan pinjaman, maka lebih tinggi diskaun yang akan diberikan.

Atas rasa kebersamaan di dalam usaha memulihkan kembali ekonomi Sahabat yang terjejas akibat pandemik Covid-19, AIM juga tidak melupakan golongan pertengahan. Untuk itu, Noh turut mengumumkan bahawa AIM membuka tawaran pinjaman kepada mereka dalam kategori pertengahan (B50) dengan pendapatan isirumah sebanyak RM5,880 dan ke bawah.

Ketiga-tiga langkah yang dibuat oleh AIM ini merupakan sebahagian daripada keprihatinan pihak pengurusan AIM dalam menyambut serta menyokong konsep #KELUARGA MALAYSIA yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ia diharapkan dapat membantu menjana ekonomi Sahabat dan peniaga kecil, seterusnya dapat memulihkan negara daripada masalah dan kesan akibat pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,609FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat