Lembah Klang bakal masuk fasa 2 PPN, hampiri imuniti kelompok – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembah Klang bakal beralih ke fasa seterusnya selepas mencapai lebih 80 peratus kadar vaksinasi.

Berita baik itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80 peratus.

“Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya,” kata beliau di Facebook pada Isnin.

Pun begitu, Perdana Menteri memaklumkan semua ini bakal diputuskan selepas beliau berbincang melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet yang akan dipengerusikannya nanti.

“InsyaAllah. Once again I am so proud of everyone involved and this remarkable achievement,” ujar Ismail Sabri.

Semalam, beliau juga telah memberitahu bahawa Lembah Klang bersedia beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) memandangkan kadar suntikan lengkap vaksinasi atau dua dos mencapai 89.5 peratus.

Kata beliau, jumlah 89.5 peratus mungkin boleh berpindah ke fasa seterusnya sebab daripada segi kadar vaksin telah melebihi keperluan imuniti kelompok iaitu hampir 90 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat