Muhyiddin, Takiyuddin ucap ‘daulat tuanku’ sempena keputeraan Agong

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan menitipkan ucapan selamat Hari Keputeraan ke-62 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kedua-dua mereka mengucapkan “Semoga Allah memberkati pemerintahan berjiwa rakyat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”.

Muhyiddin dan Takiyuddin termasuk Kabinet Perikatan Nasional (PN) menjadi fokus utama pemerhati politik dan netizen selepas Istana Negara dalam kenyataan semalam menzahirkan rasa “amat dukacita” Yang di-Pertuan Agong atas pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) di Parlimen berhubung pembatalan Ordinan Darurat, yang masih belum mendapat perkenan baginda.

Menjawab kenyataan istana, Pejabat Perdana Menteri berkata, tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membatalkan Ordinan Darurat dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat