Isnin depan buat undi uji sokongan terhadap Muhyiddin – Lim Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mengemukan cadangan mengadakan undian di Dewan Rakyat pada Isnin akan datang sebagai medan penentuan sama ada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen atau sebaliknya.

Veteran DAP itu berkata, penentuan sama ada Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen perlu menjadi perkara pertama dalam aturan mesyuarat sidang khas Parlimen pada Isnin depan.

“Sekiranya Perdana Menteri tidak bersedia untuk mengundurkan diri, maka penentuan sama ada Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen harus menjadi aturan mesyuarat pertama dalam sidang khas Parlimen pada Isnin akan datang,” cadang Kit Siang.

Bukan itu saja kata beliau, Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan harus dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengelirukan Parlimen. Azhar juga harus meletakkan jawatan sebagai Speaker kerana jelas beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat.

“Semua perkembangan ini berpunca daripada hakikat bahawa kerajaan Muhyiddin tidak memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen sehingga sanggup mempergunakan parlimen untuk melaksanakan agenda “tipu muslihat” mereka.

“Takiyuddin dan Muhyiddin harus meletakkan jawatan secara terhormat.”gesa beliau.

Kit Siang menambah, pada Isnin lepas, beliau berkata bahawa hari pertama sidang khas Parlimen selama lima hari, bermula dengan bencana dan berakhir dengan malapetaka.

” Namun, pada hari keempat, situasi di Parlimen berubah dan diselubungi sandiwara dengan menyaksikan Parlimen ditutup sementara dan sidang Parlimen ditangguhkan untuk beberapa kali.

“Pun begitu, bencana maha dahsyat sebenarnya adalah berkenaan rahsia besar yang disimpan kerajaan daripada pengetahuan pelbagai pihak — selama lima hari, Kabinet mendakwa bahawa mereka telah membatalkan enam Ordinan Darurat, sekali gus menjadikan Malaysia salah satu negara yang mungkin mempunyai Proklamasi Darurat tanpa sebarang Ordinan Darurat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat