Parlimen bakal dibuka segera, lebih 400 petugas divaksin – KJ

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Lebih 400 petugas Parlimen mula menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar ibu negara.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia sebagai persediaan kepada pembukaan sidang Parlimen yang dijadualkan dalam masa terdekat.

“Mereka termasuklah kakitangan Parlimen yang terlibat dengan pembersihan, katering dan sebagainya.

“Ini sebagai persediaan kepada pembukaan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang akan ditentukan tidak lama lagi.

Kita mahu memastikan setiap petugas Parlimen mendapat perlindungan sewajarnya bagi mengelakkan jangkitan berlaku,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, Ahli Parlimen juga sudah dimaklumkan mengenai pegawai mereka yang juga layak untuk menerima vaksin bagi memastikan individu yang hadir nanti divaksin sepenuhnya.

“Kakitangan dan pegawai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara yang akan ke Parlimen sebagai pengiring Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara juga layak terima vaksin, kita mahu apabila Parlimen di buka nanti semua dapat perlindungan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat