200 peluang pekerjaan ditawar dalam Career Connect @ PUO 2024

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

IPOH – Seramai 1,000 pengunjung terdiri daripada para pelajar, alumni dan pencari kerja telah menghadiri program Career Connect @ Politeknik Ungku Omar (PUO) 2024 yang berlangsung di sini, baru-baru ini.

Program ini melibatkan 16 buah syarikat dari pelbagai industri yang menawarkan lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan latihan industri.

Menurut kenyataan PUO, program ini memberi manfaat yang besar kepada mereka yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui peningkatan kebolehpasaran dan pembinaan modal insan yang berkualiti.

Tambah kenyataan itu lagi, pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi menerusi sesi temuduga yang dilaksanakan dan menjadi medan persediaan dalam menghadapi temuduga setelah bergraduasi kelak.

Katanya, pihak industri berpeluang mengenal pasti calon yang berpotensi malah dapat mengukuhkan jaringan kerjasama positif antara rakan industri dan PUO.

Pengisian aktiviti sepanjang program ini seperti seminar TVET, sesi perkongsian industri dan temuduga penempatan latihan industri dan pekerjaan menjadi tumpuan utama para pengunjung.

Katanya lagi, rakan industri yang terlibat adalah Tetra Pak (M) Sdn. Bhd., Kamaya Electric (M) Sdn. Bhd., Intel Microelectronics (M) Sdn Bhd, Hartalega NGC Sdn. Bhd, Genting Malaysia Berhad, Hovid Berhad, Azam Achievers Management, Team Some Sdn. Bhd, PwC Malaysia, Ashvertising Marketing Sdn. Bhd, Edenor Technology Sdn. Bhd., Unisem (M) Bhd., Wei Dat Steel Wire Sdn. Bhd., Sigma Rectrix Systems (M) Sdn. Bhd., Favotech System Sdn. Bhd. dan Carsem (M) Sdn. Bhd.

“Dalam masa yang sama, PUO turut menandatangani Letter of Intent (LOI) bersama-sama 7 buah syarikat yang bakal menyaksikan kerjasama dalam bidang kejuruteraan, penyelidikan serta latihan.

“Antaranya, Asia Global Field Sdn Bhd, Mr Fix It Engineering Services, Kompleks Pendidikan Baitul Dhiya’, Buminakhyar Resources, Malaysian Institute of Technology Academy, PMG Venture Capital Sdn Bhd dan Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA),” menurut kenyataan itu lagi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah PUO (Akademik) , Ts. Dr. Izwah Ismail dan Timbalan Pengarah PUO (Sokongan Akademik), Dr. Mohd Azam Mohd Dali. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat