Mutasi Ganas Virus Covid-19 Dipercayai Jenis B Berasal Dari Wuhan – KKM

Sidang Akhbar Mahathir Dipenuhi Dengan Kecaman Netizen

Cyberjaya - Sidang akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penubuhan parti baharunya pada Jumaat, dipenuhi dengan kecaman netizen. Tinjauan SuaraTV di ruangan komen mendapati, sidang...

Isu Laut China Perlu Diselesaikan Secara Aman -Hishammuddin-

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn menjelaskan bahawa Malaysia sangat konsisten agar isu Laut China Selatan yang menimbulkan konflik...

Guan Eng Luah Rasa Hati Pedih, Pilu Melihat Isterinya Ditahan SPRM

Kuala Lumpur - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meluahkan rasanya hatinya berhubung penahanan isterinya, Betty Chew Gek Cheng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Video: Pesawat Air India Express, Terbelah Dua

India - Sebuah pesawat yang membawa 191 penumpang dan anak kapal dilaporkan tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kozhikode di Kerala, India,...

Ahli Parlimen DAP Bidas Penangkapan Guan Eng

Cyberjaya - Ahli Parlimen Klang. Charles Santiago berkata, bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng menjadi mangsa pendakwaan terpilih yang bertujuan merosakkan imej DAP dan...

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan satu strain mutasi yang dikesan bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain berkemungkinan berasal dari strain B.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia dikesan selepas proses kultur dilakukan ke atas virus tersebut.

Bagaimanapun, katanya perkara tersebut masih di peringkat awal dan penyelidikan lanjut perlu dijalankan untuk mengenalpasti strain mutasi virus tersebut.

“Kita dapati virus tersebut adalah dari strain B. Dalam strain B itu ada mutasi dia, jadi kita kena lihat strain B bermutasi dengan virus berkenaan dan kita kena bandingkan juga, ia masih dalam peringkat awal kajian untuk penyelidikan kita.

“Jadi, sekarang ini kita telah nasihatkan IMR (Institut Penyelidikan Perubatan) untuk menjalankan lebih banyak lagi pengasingan virus dan kultur tersebut supaya kita dapat kenal pasti virus tersebut dari gelombang pertama, gelombang kedua atau dari pesakit yang positif yang datang dari negara lain, contohnya dari Itali, Iran, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

“Jadi, kalau kita dah dapat senarai virus tersebut dan kita buat kajian, baru kita dapat informasi yang lebih mengenai virus tersebut,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Dr Noor Hisham berkata strain B berasal dari Wuhan, China, sementara C masing-masing berasal dari Singapura dan Eropah.

Mengulas lanjut beliau berkata, maklumat berhubung virus tersebut masih lagi terhad memandangkan pandemik COVID-19 merupakan virus baharu.

“Jadi, dengan menjalankan penyelidikan iaitu pengendalian dan kita dapat informasi yang terkini iaitu dari segi mutasi dan sebagainya, ini mungkin membantu kita.

“Apa yang penting informasi-informasi yang kita dapat akan disalurkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mereka akan lihat.

“Jadi, untuk kita dokumentasikan novel koronavirus ini iaitu dari segi mutasi; di mana kodonnya dan sebagainya, dan (baharulah) kita boleh kenal pasti corak dan juga identiti virus tersebut,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata adalah penting untuk Malaysia mengadakan kerjasama erat antara negara-negara lain bagi menjalankan kajian berhubung perkara tersebut.

Semalam, Dr Noor Hisham memaklumkan kajian yang dijalankan oleh KKM telah mengesan satu daripada 30 strain mutasi virus tersebut boleh bertindak lebih ganas sehingga menjangkiti 120 pesakit lain.

Jelas beliau, ia membabitkan kes ke-26, di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Sidang Akhbar Mahathir Dipenuhi Dengan Kecaman Netizen

Cyberjaya - Sidang akhbar Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penubuhan parti baharunya pada Jumaat, dipenuhi dengan kecaman netizen. Tinjauan SuaraTV di ruangan komen mendapati, sidang...

Isu Laut China Perlu Diselesaikan Secara Aman -Hishammuddin-

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Negeri Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien Onn menjelaskan bahawa Malaysia sangat konsisten agar isu Laut China Selatan yang menimbulkan konflik...

Guan Eng Luah Rasa Hati Pedih, Pilu Melihat Isterinya Ditahan SPRM

Kuala Lumpur - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meluahkan rasanya hatinya berhubung penahanan isterinya, Betty Chew Gek Cheng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...