Moratorium: Zahid Mahu Kerajaan Tangani Kebimbangan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berikutan kebimbangan ramai mengenai dakwaan “u-turn” dalam soal moratorium untuk pinjaman sewa beli selama 6 bulan sejak semalam, Datuk Seri Zahid Hamidi mahu kerajaan memberikan perhatian penuh kepada isu itu hari ini.

Kata Zahid, “Kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) semalam berkenaan dengan kadar faedah akan dikenakan bagi pinjaman sewa beli kenderaan bercanggah dengan keputusan yang telah diumumkan sebelum ini. Kerajaan pada Mac lalu telah bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik bagi pembayaran balik pinjaman termasuk pinjaman sewa beli kenderaan selama 6 bulan bermula pada April hingga September tahun ini”.

Tambah Zahid lagi, “Selain itu, moratorium ini juga tidak lagi diberikan secara automatik kepada semua peminjam seperti yang sedang dilaksanakan sekarang. Bermula hari ini, peminjam perlu membuat permohonan daripada institusi kewangan untuk mendapatkan penangguhan pembayaran pinjaman bagi pinjaman sewa beli ini”.

Beliau berpandangan, keputusan ini lebih memihak kepada kepentingan industri perbankan. Jelasnya, “mengubah polisi demi menjaga kepentingan sektor kewangan di saat rakyat dan sektor-sektor lain sedang bergelut dengan bebanan kewangan adalah sesuatu yang mengecewakan rakyat”.

Menurut beliau lagi, “Keluhan dan kegelisahan rakyat berkaitan moratorium pinjaman sewa beli perlu diselesaikan segera. Kerajaan digesa mencari solusi terbaik bagi merungkai kemelut ini. Jangan kita bebani rakyat yang sudah terbeban dengan kehilangan punca pendapatan, pemotongan gaji, diberikan cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja dan tidak dapat menjalankan perniagaan. Segala bentuk ‘unnecessary stress’ berkaitan polisi kerajaan perlu dielakkan. Keprihatinan kerajaan dengan memahami denyut nadi rakyat ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini perlu diutamakan”.

Zahid turut mengingatkan kerajaan bahawa dalam menghadapi pandemik Covid-19 ini, negara juga bakal berhadapan dengan krisis ekonomi. Maka polisi kerajaan harus mengambil kira impak dan risiko terhadap keseluruhan sektor dalam ekonomi, bukan hanya memberi pertimbangan kepada satu sektor sahaja.

Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu amat berharap kerajan memberikan penjelasan segera, secara tuntas, dalam bahasa mudah untuk difahami oleh rakyat. Jelas beliau, isu yang berkaitan kewangan dan pinjaman ini bersifat teknikal, mudah menimbulkan kekeliruan, oleh itu penjelasan dalam bentuk yang mudah difahami amatlah penting.

Mengakhiri kenyataannya Zahid berkata, “Rakyat mengharapkan kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan Malaysia dapat mitigasikan situasi ini sebaik mungkin, “Sama sama kita Menang, Sama sama kita bina negara ini semula” – FB ZahidHamidi

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat