Banyak Barang Terkandas, Pos Laju Harap Pelanggan Bersabar

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tidak dinafikan pembelian secara dalam talian mendapat permintaan tinggi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac lalu.

Keadaan itu menyebabkan berlaku pertambahan barangan di pusat pengumpulan barang bagi kebanyakan syarikat kurier seluruh negara.

Menerusi sebuah video dimuat naik seorang individu di laman Twitter, kelihatan terdapat lambakan barangan didakwa ‘terkandas’ di hub Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Untuk mana-mana yang tanya kenapa barang masih terkandas dan tak gerak dari Hub KLIA, anda kena tengok video ni. Inilah sebab dia ya.

“Memang banyak barang terkandas. Harap semua bersabar terutamanya penjual dan pembeli,” tulis individu menggunakan nama Lady Boss dengan memetik sumber dari Facebook.

Ciapan individu tersebut mendapat reaksi Pos Malaysia yang meminta para pelanggannya bersabar jika berlaku kelewatan menerima barangan.

“Namun, waktu operasi kami adalah tertakluk kepada garis panduan dan pematuhan PKP. Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menghantar barangan anda dan berharap agar anda dapat bersabar. Kerjasama anda amat kami hargai,” kata kenyataan itu.

Setakat ini, difahamkan Pos Malaysia menerima secara purata lebih 600,000 bungkusan setiap hari sepanjang tempoh PKP.

Minggu lalu, Pos Malaysia turut mengeluarkan kenyataan memaklumkan mengenai perkara tersebut.

Sumber: Tweeter Pos Malaysia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat