Beri Anwar ruang dan masa bukti kemampuan, setahun tak cukup – Al-Sultan Abdullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tempoh setahun bagi mana-mana Perdana Menteri belum cukup untuk membuktikan kemampuan dalam mentadbir negara, apatah lagi memulihkan kelemahan dan masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi ruang dan masa untuk membuktikan kemampuannya.

“Bukan senang nak bagi satu ukuran dalam masa setahun. Saya ingat mana-mana kerajaan, mana-mana Perdana Menteri kalau bagi ukuran setahun, sudah tentu masih ada kelemahan di sini dan di sana. Apa Perdana Menteri cuba lakukan, beliau cuba kurangkan kalau boleh dimansuhkan segala masalah-masalah legasi.

“Dalam setahun tak mungkin boleh buat dengan sewenang-wenangnya, ia berlandaskan peraturan dan kontrak, semua­nya. Namun yang penting adalah kerajaan ini perlu ada pelan jangka panjang, lima tahun, 10 tahun dan sebagainya.

“Kita tahu ada banyak peran­cangan A B C D E, antaranya mungkin ada juga dasar-dasar yang mungkin tidak popular, tapi kadang kala kerajaan terpaksa membuat keputusan yang kurang popular untuk kebaikan negara untuk masa akan datang,” titah Seri Paduka dalam wawancara khas bersama media di Istana Negara.

Seri Paduka menegaskan, kerajaan bukan sahaja perlu mempunyai pelan jangka pendek dan panjang tetapi juga perlu memberi kefahaman kepada rakyat terhadap segala perancangan yang mahu dilakukan.

Justeru, titah Al-Sultan Abdullah, semua pihak perlu memberi masa kepada Anwar untuk melakukan segala pembaharuan yang sedang dirancangkan termasuk mengurangkan subsidi.

“Kalau zaman dahulu mantan Perdana Menteri nak buat negara berpendapatan tinggi, Perdana Menteri (sekarang) nak kurang subsidi, itu satu dasar agak drastik. Saya amat memahami pera­saan di bawah, sebenarnya bukan untuk ambil hak orang-orang B40 tetapi le­bih di atas, ini merupakan perhatian utama.

“Saya berpandangan ini semua pembaharuan yang cuba hendak diperkenalkan, kita harus beri masa untuk tengok kebaikan dan keburukannya,” titah Al-Sultan Abdullah, lapor Utusan.

Menyentuh isu sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum), Al-Sultan Abdullah bertitah, segala pandangan dan lontaran idea perlu mempunyai batas dan tidak boleh keterlaluan sehingga mencetuskan fitnah dan adu domba sehingga ada yang mengeluarkan perkataan kesat.

Seri Paduka menasihatkan rakyat agar tidak terikut-ikut dengan cara barat, sebaliknya mencontohi segala ajaran nenek moyang kita.

“Saya memahami kadang-kala banyak perasaan tidak senang, tetapi buatlah cara berpatutan, jangan lontar fitnah, lontar perkataan kesat, itu tidak molek di mata kaca. Setiap kaum menonjolkan elemen berada dan sopan patut teruskan, ikut apa dinyatakan dalam Rukun Negara,” titah Al-Sultan Abdullah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat